Syarikat berdaftar (JR0033612-H)

Wednesday 7 November 2012

Tips bertudung bagi wajah bulat



sumber gmbar: blog2-artis

Nak pakai selendang tapi muka tak macam Nora Danish???
Hehehe....jangan resah gelisah...anda masih boleh bergaya lagi. Nak tahu camne?? meh baca tips kat cni;

Tips 1 


Untuk effect yang terbaik, seeloknya pakailah selendang dengan anak tudung.. anak tudung yang bagus adalah inner syria cotton.
 
Bagi sesetengah orang beranggapan memakai inner syria lebih menampakkan muka kite yang "chubby" tu...hehe. Tetapi hakikatnya, inner syria masih boleh dipakai jika anda tahu cara nak adjust inner itu.

i) Lebih baik anda dapatkan inner syria jenis cotton kerana anda boleh tetas sedikit di bahagian belakang inner bagi memberi effect "tirus" pada raut wajah.

ii) Jika anda tidak selesa, anda boleh tetas habis belahan belakang inner tersebut sehingga jahitannya terbuka. Jadi bila jahitan sudah terbuka semuanya anda akan dapat lihat bentuk inner itu menjadi empat segi tepat. Untuk memakainya, anggaplah anda seperti memakai tudung bawal dan pinkan ke bawah dagu. Simple je kan?? *jika tak faham boleh tanya di ruang komen ok
 
Tips 2 
 
Pilihlah selendang daripada fabrik nipis agar ukuran kepala tidak terlalu kelihatan besar

Tips 3 
 
Pemilihan corak fabrik shawl jugak memainkan peranan yang penting supaya shawl yang dipakai kelihatan ummphh atau match dengan raut wajah anda. Untuk yang mempunyai raut wajah "chubby", anda boleh memilih corak berjalur dan corak yang tidak sarat supaya raut wajah yang "chubby" itu kurang kelihatan.



 Selamat membaca dan mencuba produk kami di De'riannahijab


Copyright : De'riannahijab

No comments:

Post a Comment