Syarikat berdaftar (JR0033612-H)

Tuesday 6 November 2012

Tips penjagaan rambut bagi yang bertudung

Assalammualaikum


"Rambut adalah mahkota wanita"

Pernah dengar tak istilah ni??
maknanya rambut melambangkan kecantikan wanita
Walaupun bertudung jangan sesekali abaikan penjagaan rambut ok :)
Wanita yang cantik adalah wanita yang menjaga kebersihan dirinya.. jangan ingat kita bertudung boleh skip penjagaan rambut sebab takde orang nampak dan tau kalau kita ada kelemumur, ada kutu etc..



Terdapat beberapa masalah yang sering di alami oleh orang bertudung adalah seperti:

  1. Berkelimumur
  2. Rambut berbau
  3. Kulit kepala berminyak
  4. Rambut gugur
  5. Hujung rambut berbuah


Jadi apa yang perlu kita lakukan???

1) Tidak perlu cuci rambut setiap hari


Anda tidak perlulah mencuci rambut setiap hari. pastikan anda syampoo rambut sekurang-kurangnya selang sehari. kadang-kadang bila korang cuci rambut waktu pagi, tak sempat nak kering, then korang dah ikat rambut dan pakai tudung. rambut korang boleh jadi berbau dan rosak. even korang pakai hair dryer sekalipun, rambut belum tentu kering secara menyeluruh.

tetapi sekiranya korang jenis yang berpeluh, korang perlu syampoo setiap hari takut berbau dan boleh merosakkan penampilan korang..


2) Pilih tudung yang sesuai


Bagi wanita yang bekerja yang memerlukan kita berada selama 8 jam di ofis dan selama 8 jam tu kepala duk berbalut dengan tudung kan. Pemilihan tudung dari fabrik yang sesuai sangat penting la. Pilih tudung dari jenis kain yang selesa dan yang boleh memudahkan aliran udara ke kepala korang. Sekarang banyak trend yang pakai tudung yang tebal-tebal, yang berlapis-lapis, korang boleh aplikasikan tapi jangan pakai melebihi 4 lapisan, kerana semakin tebal tudung korang, semakin susah rambut nak bernafas. 



3) Elakkan dari mengikat rambut basah




Pastikan rambut anda kering sepenuhnya sebelum mengikat rambut/ memakai tudung.
Ini adalah punca utama yang menyebabkan rambut berbuah.sikap malas untuk mengeringkan rambut ini bukan sahaja menyebabkan rambut berbuah, tetapi juga contribute kepada rambut yang busuk.


dan kebanyakan orang yang mempunyai masalah rambut busuk ini tidak sedar bahawa rambut mereka berbau kerana mereka sudah immune.
Sekiranya anda tidak mempunyai masa untuk mengeringkan rambut, jangan basuh rambut di waktu pagi sebelum pergi kerja, basuh sahaja di waktu malam ok :)

4) Gunakan Syampoo yang betul



Kadang-kadang kita ni pergi pasaraya, main belasah je ambil syampoo. Dah sah sah  rambut gugur, pergi ambil syampoo rambut berminyak. yang rambut berminyak, pergi beli syampoo untuk rambut kering. So, sangat salah ok... jadi kita kena peka masalah rambut kita dan beli syampoo ikut kesesuaian masalah rambut kita tu... Dan jika satu jenama tu, korang nampak macam tak ngam je dengan rambut korang kan, cuba la cari produk yang betul-betul sesuai.Jika korang  sudah selesa dengan satu syampu, kekalkanya.


Dapatkan info yang betul tentang cara mencuci dan membilas rambut dengan sempurna. Cucian bukan hanya mengurut syampu di rambut dan membilasnya sekali lalu sahaja. Setelah mencuci dengan sempurna, pastikan korang  mengeringkannya dengan betul kerana rambut yang bersimpul-simpul juga menjadi sebab mengapa rambut mudah rosak.


5) Rawatan rambut

masalah orang bertudung/berhelmet/bertopi adalah pengumpulan bakteria di kulit kepala. Bakteria ini akan menyebabkan kebanyakan masalah yang ada. rajin-rajinkan lah diri ke salun untuk membuat scalp treatment. kalau ada masa, sebulan sekali, kalau busy, dua bulan sekali pon tak apa... tidak semestinya jika kita ni bertudung, kita tidak boleh nak manja-manjakan diri kat salun kan....

Happy reading :)

p/s : jangan lupa intai-intai koleksi baru dari kami di De'riannahijab

 Copyright : Riannahijab

No comments:

Post a Comment