Syarikat berdaftar (JR0033612-H)

Thursday, 15 November 2012

Promosi promosi promosi

Assalamualaikum
Salam Jumaat, penghulu sekalian hari.. Moga hari ini diberkati, aminn

Promosi penghabisan stock masih lagi berjalan, jangan lepaskan peluang ok (^_^)

Klik link dibawah untuk promosi kami :)

Promosi Hebat
Jualan penghabisan stok




Terima Kasih bagi pembeli setia De'riannahijab, kami akan kembali dengan fesyen yang lebih terkini (^_^)v


Copyright : Riannahijab

Tuesday, 13 November 2012

Warna diri anda

Assalamualaikum :)

Selamat Pagi (^_^) bagaimana penampilan anda hari ni??

Hari ni nak kongsi dengan uolls pasal WARNA. Ada apa sebenarnye dengan "warna" ??? Okey...cuba bayangkan sejenak;

# Pernah tak bile kamu pakai sesuatu warna, ade kawan-kawan menegur,

" Wah nampak cantik harini?"

atau erhmm

"berserinye orang tu..."

Tu petandanye warna tu sesuai dengan kita.

# Selain tu, cara untuk dapat tau warna tu nampak "kena" dengan kite ialah pembawaan emosi. Camne tu?? Erhmm...cthnye, bile kite pakai baju warna cerah hari tu, tiba-tiba kita jadi lebih ceria dan berkeyakinan! Tak caya? Kena cuba la tu!

# Ingat tak waktu-waktu indah ketika "bercinta"?? Kamu ingat tak baju warna ape kamu pakai pada saat si dia "jatuh" di tangan kamu (jatuh cinta)?

So, warna sebenarnye memainkan peranan penting tau dalam kehidupan kita sehari-hari. Erhmm ape warna kamu?? Kamu tahu warna ape yang kamu suka?? Ni untuk suka-suka je, kalau kamu tak pasti, boleh klik kat link di bawah dan jawab kuiznye.


 Warna diri anda (http://www.quizmeme.com/color/quiz.php)



 Jangan lupa promosi penghabisan stock De'riannahijab

 Selamat berhijab dan selamat bergaya dari kami di De'riannahijab

Copyright : Riannahijab

Monday, 12 November 2012

Wanita.. makhluk teristimewa

Assalamualaikum wbt...sempena hari Jumaat yang mulia ni, elok juga kita dapat berkongsi ilmu semoga ilmu yang diperolehi itu mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat...Amin...


Sy nak share dengan kalian semua mengenai istimewanya wanit

a di mata Islam. Kenapa wanita yang menjadi penawar hati kepada sang lelaki begitu indah di mata Islam? Antara sebab-sebabnya ialah:


1) Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik dari 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.

2) Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang lelaki soleh.

3) Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

4) Apabila dua orang ibubapamu memanggilmu, maka jawablah terlebih dahulu panggilan ibumu.

5) Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana pintu-pintu yang dikehendaki dengan tidak dihisab.

6) Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristigfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatakan padanya 1,000 kebaikan dan menghapuskan 1,000 kejahatan darinya.

7) Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihatnya dengan kasih sayang akan dipandang Allah SWT dengan penuh rahmat.

8) Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.

9) Sabda Nabi s.a.w ; "Ya Fatimah barangmana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum padanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas dari titian shirat.

10) Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulluah s.a.w akan hal tersebut, maka Baginda menjawab; "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

P/S untung sebenarnya menjadi seorang wanita yang solehah. Tetapi untuk menjadi wanita solehah, banyak cabaran yang perlu diharungi. Semoga ia menjadi semangat bagi kita kaum wanita untuk menjadi muslimah yang taat dan patuh pada Penciptanya.




 
Copyright : Riannahijab